Jumaat, 10 Jun 2011

Fadhilat Zikir

Kerana itu ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat kepadamu dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu mengengkari (nikmat) Ku.
(Surah Al-Baqarah: 152)


Maka apabila kamu (pada musim haji) telah bertolak dari 'Arafah, berzikir kepada Allah di Masy 'arilharam. Dan berzikirlah Allah sebagaimana yang ditunjukkanNya kepadamu, dan sesungguhnya kamu sebelum itu termasuk orang-orang yang sesat.
(Al-Baqarah: 198)


Apabila kamu telah menyelesaikan ibadat hajimu, maka berzikirlah (dengan menyebut) nenek moyangmu atau (bahkan) berzikir lebih banyak dari itu. Maka di antara manusia ada orang yang berdoa, Ya Tuhan kami, berikan kami (kebaikan) di dunia. Dan tidaklah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat.[200]
Dan diantara mereka ada orang yang berdoa, Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.[201]
Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat penghitungannya.[202]
(Al-Baqarah: 200-202)


Dalam sebuah hadith ada diterangkan bahawa doa dari 3 jenis orang yang tidak ditolak (bahkan nescaya diperkenankan). Pertama ialah seorang yang mengingati Allah sebanyak-banyaknya. Kedua ialah seorang yang teraniaya dan ketiga ialah Raja yang adil.


"Dan berzikirlah (dengan menyebut nama Allah (di Mina pada musim haji) beberapa hari yang berbilang.
(Al Baqarah A: 203)


"Dan sebutlah (nama) Tuhanmu sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah di waktu petang dan pagi.
(Al Imran A: 41)


(Orang-orang yang berakal iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tidak engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka.
(Al Imran A: 191)


Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, (sentiasa) di waktu pagi dan petang. Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.
(Al A'raaf:205)


Susungguhnya orang-orang yang beriman (yang sempurna imannya) itu hanyalah mereka yang apabila disebut Allah (kerana keagunganNya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambah-tambah iman mereka keranaNya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal (didalam ayat-ayat berikut setelah diterangkan solat mereka dan lain-lainnya maka Allah S.W.T berfirman) "itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperolehi beberapa darjat ketinggian disisi Tuhannya dan ampunan serta rezki yang mulia)
(Al Anfaal: 2)


Dan memimpin orang-orang yang bertaubat kepadaNya (iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.
(Arrad: 27-28)


Katakanlah "Serulah Allah Allah atau serulah Ar Rahman dengan nama yang mana sahaja kamu seru (adalah boleh kerana Dia mempunyai nama-nama yang terbaik.
(As Sura: 110)


Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa.
(Al Kahfi: 24)

 Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran.
   
(Al Kahfi: 28)

وَعَرَضْنَا جَهَنَّمَ يَوْمَئِذٍ لِّلْكَافِرِينَ عَرْضاً
Dan Kami nampakkan Jahannam pada hari itu kepada orang-orang kafir dengan jelas.
(Al Kahfi: 100)

الَّذِينَ كَانَتْ أَعْيُنُهُمْ فِي غِطَاء عَن ذِكْرِي وَكَانُوا لَا يَسْتَطِيعُونَ سَمْعاً

Iaitu orang-orang yang matanya dalam keadaan tertutup dari memperhatikan tanda-tanda kebesaran-Ku, dan adalah mereka tidak sanggup mendengar.
(Al Kahfi: 101)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan